KERKUS in local newspaper

Yup, I know we have updated this thing in our FB page. But I still want to upload it here in our blog.

So guys, bare with me ya. 🙂

Special thanks for Bro Asep & wife Deni for the support and hardwork to keep the custom scene in Msia alive and happening!

and to the fellow reporters who came..

Screen Shot 2013-05-14 at 5.07.47 PM

Ada yang mengatakan, dengan semangat dan keinginan, seseorang itu pasti dapat melakukan sesuatu apa pun yang dihajati. Itulah yang cuba dibuktikan oleh dua anak muda yang memulakan bengkel membina motosikal kustom, Kerkus Cycles, hanya di belakang rumah sahaja.

Nama Kerkus tersebut sebenarnya menggabungkan Keramat, iaitu tempat asal pengasasnya, Azree Ozari serta Azahar Azman dan ‘Kustom’. Mereka bertemu secara tidak sengaja di sebuah kedai menggunting rambut di Keramat di mana pada waktu itu Azahar ternampak sebuah Suzuki Katana 400 tahun 1981 yang sudah diubah suai milik Azree.

Dari situ, mereka mula ‘melepak’ bersama dan melakukan kerja ubah suai di laman belakang rumah secara sambilan dan dianggap sebagai hobi. Tetapi, selepas Katana tersebut menarik minat ramai orang dan akhirnya dijual kepada seorang pelanggan dari Sarawak dengan harga RM20,000, Azree dan Azahar mendapati kerja tangan mereka mempunyai potensi luas.

Bagi menumpukan lebih perhatian kepada perusahaan yang baru bermula ini, Azree meninggalkan kerja sebagai jurujual kenderaan dan fokus dalam menghasilkan motosikal yang ditempah pelanggan.

Kerja-kerja yang dilakukan Kerkus merangkumi dari sekadar modifikasi bahagian-bahagian kecil sehinggalah binaan semula keseluruhan motosikal. Sekiranya ubah suai tersebut melibatkan kerja-kerja biasa dan kimpalan, ia akan dilakukan sendiri oleh Kerkus, tetapi jika ia memerlukan mesin khas, barang tersebut akan dihantar ke bengkel besi dan mesin profesional, seterusnya dipasang semula oleh Kerkus.

“Gaya yang kami cuba ketengahkan adalah minimalis seperti ‘Brat Style’, ‘Cafe Racer’ dan ‘Bobber’. Kami juga ada menghasilkan ‘street cub’. Namun jika pelanggan mempunyai rekaan mereka sendiri, kami akan cuba memenuhinya,” kata Azahar yang juga merupakan seorang arkitek.

Setelah beroperasi secara serius sejak November 2012, Kerkus berjaya menyiapkan tiga buah motosikal dan sudah dihantar kepada pelanggan. Kini mereka sedang mengusahakan dua buah motosikal klasik Honda C70 dan S90 yang akan diubahsuai menjadi lebih bergaya.

Selain membina motosikal, Kerkus juga aktif dalam memberi sokongan kepada acara untuk ‘menghidupkan’ lagi dunia motosikal. Antaranya adalah penganjuran ‘Distinguished Gentleman’s Ride’ di Malaysia.

Kerkus akan membuat penampilan di acara Art Of Speed 2013 (AOS) awal Jun nanti. “AOS ini merupakan satu platform yang baik. Bagi kami sendiri, kami dapat buktikan kepada orang ramai, kita di Malaysia juga mampu untuk menghasilkan motosikal seperti ini,” tambah Azahar. -Durrani Sharom

INFO
Facebook: Kerkus Cycles
Laman web: kerkuscycle.wordpress.com
Telefon: 0122887994 (Azree)

Temui Kerkus Cycles di acara Art Of Speed 2013 (AOS) yang bakal berlangsung dari 8-9 Jun ini di Citta Mall, Ara Damansara.

Screen Shot 2013-05-14 at 5.10.13 PM 20130517-101628.jpg

View original artical in this link:

http://www.bhauto.my/kerkus-bina-motosikal-belakang-rumah/

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s